Penjara Reman Pulau Pinang telah mengadakan Program Kecergasan Dan Latihan Fizikal untuk kakitangan Penjara Reman Pulau Pinang bertempat di Ulu Legong, Baling, Kedah pada 19 dan 20 Jun 2013. Program tersebut melibatkan 35 orang anggota termasuklah penyertaan PKP Rosoman Bin Abu Bakar @ Che Din, Pengarah Penjara Reman P.Pinang yang turut berbasikal sejauh 110 km dari Penjara Reman Pulau Pinang ke Ulu Legong, Baling. Program lain yang dilaksanakan ialah gotong royong dan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan.
""